Rabu, 4 Oktober 2017

Jenis jenis sukan di Malaysia

Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia . 

Pada slot kali ini saya akan berkongsi sedikit jenis jenis sukan yang terdapat di malaysia . Terdapat 2 jenis sukan iaitu Sukan dalaman ( Indoor games ) dan Sukan luar ( Outdoor games ) . 


PERMAINAN SUKAN DALAMAN ( OUTDOOR GAMES )

Futsal

Futsal ialah salah satu daripada sukan versi bolasepak yang diiktiraf oleh FIFA (Federal International of Football Association). Perkataan Futsal berasal daripada Portugis (futebol de Salao) dan Sepanyol (futbol sala) yang mana kedua-duanya membawa maksud hall football.

Futsal dimainkan oleh dua pasukan yang mengandungi lima orang pemain, termasuk penjaga gol. Setiap pasukan boleh mempunyai sebilangan pemain gantian. Gelanggang futsal dibatasi dengan garisan dan jaring. Peraturan FIFA telah menarik minat orang ramai kepada permainan futsal ini. Kebanyakkan negara mempromosikan sukan futsal ini sebagai sukan tidak formal yang membentuk pasukan lima-sebelah.

Renang
seperti mana olahraga,sukan renang juga terdiri daripada beberapa acara di dalamnya seperti acara 100 meter renang gaya bebas,gaya kuak lentang serta acara terjun papan anjal ataupun platform. Sukan renang ini boleh secara individu,kuartet ataupun berpasangan mengikut jenis acara yang mereka sertai.
Lee Mun Yee,Daniel Bego,Alex Lim,Daniel Bego dan Brian Nickson Lomas adalah merupakan tokoh di dalam acara renang. Malaysia juga telah melahirkan ratu renang Negara yang boleh dikatogerikan lagenda iaitu Nurul Huda Bahrain yang pernah memungut lapan pingat emas di sukan Sea Kuala Lumpur 1989.
Nurul huda 

skuasy

Skuasy adalah merupakan acara sukan terbaru yang berjaya menaikkan nama Negara kita di persada antarabangsa. Sukan ini dimainkan oleh dua orang pemain perseorangan. Mata bagi permainan ini ialah setakat 11 mata dan akan dimainkan dalam beberapa set.
Pencapaian negara kita di dalam sukan ini memang cemerlang di mana contohnya Nicole Ann David telah berjaya mencipta sejarah menjadi pemain nombor satu dunia setelah berjaya memenangi beberapa kejohanan utama pada tahun ini. Antaranya ialah kejohanan Terbuka Malaysia, menjadi wanita pertama Asia memenangi terbuka British dan terbaru memenangi kejuaraan dunia di Hong Kong. Antara anak watan Malaysia yang berjaya di dalam sukan ini ialah Nicole Ann David dan juga Kenneth Low.


PERMAINAN SUKAN LUAR ( OUTDOOR GAMES )

HOKI

Hoki adalah merupakan acara sukan yang dimainkan secara berpasukan dan memerlukan kerjasama secara berpasukan yang kuat.Ianya terdiri daripada beberapa orang pemain yang bermain di setiap bahagian seperti penjaga gol,pertahanan,tengah dan penyerang.Selain itu,permainan hoki juga memerlukan kayu hoki dan bolanya sendiri. Dari segi pencapaian pula,pasukan Negara kita adalah merupakan negara yang agak sederhana jika dibandingkan dengan negara-negara lain seperti India dan Pakistan. Tokoh di dalam sukan hoki bagi negara kita ialah S.Kuhan dan juga Minarwan Nawawi.

Bola sepak 
Bola sepak adalah merupakan sukan yang paling digemari di Negara kita dan juga di dunia. Justeru itu,tidak hairanlah sukan bola sepak mempunyai peminat yang ramai iaitu dari golongan kanak-kanak hinggalah kepada warga emas. Sukan bola sepak adalah dimainkan oleh 11 orang bagi setiap pasukan. Terdapat beberapa posisi yang digunakan di dalam sukan ini, iaitu, penjaga gol, pemain pertahanan, pemain tengah dan juga penyerang. Jumlah pemain di setiap posisi adalah bergantung kepada strategi yang digunakan oleh setiap pasukan. Contohnya ialah 4-4-2 yang bermakna empat orang pemain pertahanan,empat orang pemain tengah dan dua orang penyerang. Setiap pasukan akan diuruskan oleh seorang pengurus dan juga jurulatih.
Di Malaysia kita mempunyai liga tempatan untuk memeriahkan lagi bolasepak tanahair yang dikenali liga Super,liga premier 1 dan 2 yang disertai oleh pasukan negeri-negeri dan juga kelab. Antara piala yang diperkenalkan oleh FAM ialah seperti Piala liga Super dan Primier, piala Sumbangsih, dan piala FA. Sejarah sistem liga di Negara ini bermula apabila FAM mula memperkenalkan liga semi Pro pada tahun 1990.

Pencapaian pasukan kebangsaan kita pada masa sekarang dalam sukan bola sepak agak kurang membanggakan jika dibandingkan dengan pencapaian pasukan era 70-an dan 80-an di mana kita pernah melayakkan diri ke sukan Olimpik. Pada temasya Sukan SEA yang lepas iaitu di Filipina, Negara kita cuma mampu meraih pingat gangsa serta cuma berada di tangga kelima di kalangan Negara ASEAN. Terdapat beberapa orang tokoh di dalam sukan ini yang cukup disegani seperti Allahyarham Mokhtar Dahari, Hassan Sani dan juga Santokh sigh.Malah terdapat di antara pemain-pemain pada era tersebut yang telah menjadi jurulatih yang di segani di Negara kita seperti Dollah Salleh dan juga Zainal Abidin Hassan. 
Ragbi 
Ragbi dikatakan "a fast-paced, evergrowing game". Dimainkan oleh dua pasukan, pemain dari setiap pasukan akan mencuba skor dengan cara menyepak, melontar, atau membawa bola sehingga mereka boleh menyepak untuk melepasi gol lawan atau menyentuh di belakang garisan lawan.  Pasukan yang memungut mata paling banyak maka pasukan itu yang akan diisytiharkan menang bagi perlawanan ini.
Ramai mengenali ragbi adalah salah satu sukan yang kasar dan lasak. Namun, ianya adalah salah satu sukan yang membentuk keperibadian dan disiplin seseorang. Ramai juga beranggapan sukan ragbi adalah untuk lelaki sejati sahaja. Untuk bermain ragbi, setiap pasukan perlu mempunyai seramai 15 orang pemain. Tetapi untuk masa sekarang, permainan ragbi 7 dan 10 sebelah semakin meningkat popular. Terdapat dua kumpulan pemain. Kumpulan pertama dipanggil "forwards" yang terdiri daripada lapan pemain. Kumpulan kedua pula dipanggil "queus" yang terdiri daripada tujuh orang pemain.
Sebenarnya banyak sukan dalaman dan luaran yang terdapat di malaysia . Inshallah slot akan datang saya akan berkongsi lagi . Jumpa lagi !  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan