Rabu, 4 Oktober 2017

Jenis jenis sukan di Malaysia

Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia . 

Pada slot kali ini saya akan berkongsi sedikit jenis jenis sukan yang terdapat di malaysia . Terdapat 2 jenis sukan iaitu Sukan dalaman ( Indoor games ) dan Sukan luar ( Outdoor games ) . 


PERMAINAN SUKAN DALAMAN ( OUTDOOR GAMES )

Futsal

Futsal ialah salah satu daripada sukan versi bolasepak yang diiktiraf oleh FIFA (Federal International of Football Association). Perkataan Futsal berasal daripada Portugis (futebol de Salao) dan Sepanyol (futbol sala) yang mana kedua-duanya membawa maksud hall football.

Futsal dimainkan oleh dua pasukan yang mengandungi lima orang pemain, termasuk penjaga gol. Setiap pasukan boleh mempunyai sebilangan pemain gantian. Gelanggang futsal dibatasi dengan garisan dan jaring. Peraturan FIFA telah menarik minat orang ramai kepada permainan futsal ini. Kebanyakkan negara mempromosikan sukan futsal ini sebagai sukan tidak formal yang membentuk pasukan lima-sebelah.

Renang
seperti mana olahraga,sukan renang juga terdiri daripada beberapa acara di dalamnya seperti acara 100 meter renang gaya bebas,gaya kuak lentang serta acara terjun papan anjal ataupun platform. Sukan renang ini boleh secara individu,kuartet ataupun berpasangan mengikut jenis acara yang mereka sertai.
Lee Mun Yee,Daniel Bego,Alex Lim,Daniel Bego dan Brian Nickson Lomas adalah merupakan tokoh di dalam acara renang. Malaysia juga telah melahirkan ratu renang Negara yang boleh dikatogerikan lagenda iaitu Nurul Huda Bahrain yang pernah memungut lapan pingat emas di sukan Sea Kuala Lumpur 1989.
Nurul huda 

skuasy

Skuasy adalah merupakan acara sukan terbaru yang berjaya menaikkan nama Negara kita di persada antarabangsa. Sukan ini dimainkan oleh dua orang pemain perseorangan. Mata bagi permainan ini ialah setakat 11 mata dan akan dimainkan dalam beberapa set.
Pencapaian negara kita di dalam sukan ini memang cemerlang di mana contohnya Nicole Ann David telah berjaya mencipta sejarah menjadi pemain nombor satu dunia setelah berjaya memenangi beberapa kejohanan utama pada tahun ini. Antaranya ialah kejohanan Terbuka Malaysia, menjadi wanita pertama Asia memenangi terbuka British dan terbaru memenangi kejuaraan dunia di Hong Kong. Antara anak watan Malaysia yang berjaya di dalam sukan ini ialah Nicole Ann David dan juga Kenneth Low.


PERMAINAN SUKAN LUAR ( OUTDOOR GAMES )

HOKI

Hoki adalah merupakan acara sukan yang dimainkan secara berpasukan dan memerlukan kerjasama secara berpasukan yang kuat.Ianya terdiri daripada beberapa orang pemain yang bermain di setiap bahagian seperti penjaga gol,pertahanan,tengah dan penyerang.Selain itu,permainan hoki juga memerlukan kayu hoki dan bolanya sendiri. Dari segi pencapaian pula,pasukan Negara kita adalah merupakan negara yang agak sederhana jika dibandingkan dengan negara-negara lain seperti India dan Pakistan. Tokoh di dalam sukan hoki bagi negara kita ialah S.Kuhan dan juga Minarwan Nawawi.

Bola sepak 
Bola sepak adalah merupakan sukan yang paling digemari di Negara kita dan juga di dunia. Justeru itu,tidak hairanlah sukan bola sepak mempunyai peminat yang ramai iaitu dari golongan kanak-kanak hinggalah kepada warga emas. Sukan bola sepak adalah dimainkan oleh 11 orang bagi setiap pasukan. Terdapat beberapa posisi yang digunakan di dalam sukan ini, iaitu, penjaga gol, pemain pertahanan, pemain tengah dan juga penyerang. Jumlah pemain di setiap posisi adalah bergantung kepada strategi yang digunakan oleh setiap pasukan. Contohnya ialah 4-4-2 yang bermakna empat orang pemain pertahanan,empat orang pemain tengah dan dua orang penyerang. Setiap pasukan akan diuruskan oleh seorang pengurus dan juga jurulatih.
Di Malaysia kita mempunyai liga tempatan untuk memeriahkan lagi bolasepak tanahair yang dikenali liga Super,liga premier 1 dan 2 yang disertai oleh pasukan negeri-negeri dan juga kelab. Antara piala yang diperkenalkan oleh FAM ialah seperti Piala liga Super dan Primier, piala Sumbangsih, dan piala FA. Sejarah sistem liga di Negara ini bermula apabila FAM mula memperkenalkan liga semi Pro pada tahun 1990.

Pencapaian pasukan kebangsaan kita pada masa sekarang dalam sukan bola sepak agak kurang membanggakan jika dibandingkan dengan pencapaian pasukan era 70-an dan 80-an di mana kita pernah melayakkan diri ke sukan Olimpik. Pada temasya Sukan SEA yang lepas iaitu di Filipina, Negara kita cuma mampu meraih pingat gangsa serta cuma berada di tangga kelima di kalangan Negara ASEAN. Terdapat beberapa orang tokoh di dalam sukan ini yang cukup disegani seperti Allahyarham Mokhtar Dahari, Hassan Sani dan juga Santokh sigh.Malah terdapat di antara pemain-pemain pada era tersebut yang telah menjadi jurulatih yang di segani di Negara kita seperti Dollah Salleh dan juga Zainal Abidin Hassan. 
Ragbi 
Ragbi dikatakan "a fast-paced, evergrowing game". Dimainkan oleh dua pasukan, pemain dari setiap pasukan akan mencuba skor dengan cara menyepak, melontar, atau membawa bola sehingga mereka boleh menyepak untuk melepasi gol lawan atau menyentuh di belakang garisan lawan.  Pasukan yang memungut mata paling banyak maka pasukan itu yang akan diisytiharkan menang bagi perlawanan ini.
Ramai mengenali ragbi adalah salah satu sukan yang kasar dan lasak. Namun, ianya adalah salah satu sukan yang membentuk keperibadian dan disiplin seseorang. Ramai juga beranggapan sukan ragbi adalah untuk lelaki sejati sahaja. Untuk bermain ragbi, setiap pasukan perlu mempunyai seramai 15 orang pemain. Tetapi untuk masa sekarang, permainan ragbi 7 dan 10 sebelah semakin meningkat popular. Terdapat dua kumpulan pemain. Kumpulan pertama dipanggil "forwards" yang terdiri daripada lapan pemain. Kumpulan kedua pula dipanggil "queus" yang terdiri daripada tujuh orang pemain.
Sebenarnya banyak sukan dalaman dan luaran yang terdapat di malaysia . Inshallah slot akan datang saya akan berkongsi lagi . Jumpa lagi !  

Arena Sukan Kuim yang digeruni !

Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia . Apa khabar semua ? saya mendoakan orang yang sedang mengunjungi blog saya ini sihat walafiat :) . Pada slot kali ini saya akan bercerita sedikit mengenai Arena Sukan kuim yang digeruni  . Mesti anda semua tertanya tanya apa itu kuim kan ? kuim ialah Kolej Universiti Islam Melaka yang berpusat  di Kuala Sungai Baru, Melaka . Untuk pengetahuan anda semua Kuim bakal dinaik taraf sebagai Universiti Islam swasta pertama di negara ini pada 10.10.2017 .


Untuk pengetahuan anda, Kuim terkenal dengan penglibatan sukan yang aktif di peringkat luar seperti kejohanan masiswa, kejohanan sukipt, kejohanan suptim dan kejohanan terbuka yang lain . Arena sukan kuim digeruni oleh mana mana pihak ipts yang lain . hal ini kerana penglibatan sukan kuim dalam mana mana kejohanan pasti membawa pulang dengan kemenangan . Disini saya akan memperkenalkan top 2 sukan kuim yang digeruni . 

1.Futsal kuim


Futsal kuim terkenal dengan jolokan " The tiger champions " . Hal ini kerana, setiap penglibatan futsal kuim dalam kejohanan luar pasti tidak mengecewakan .Futsal kuim yang diketuai oleh kapten Muhammad Iskandar futsal kuim boleh dibanggakan kerana telah mencatat johan sebanyak 2 kali berturut-turut dalam edisi sukan masiswa . Edisi masiswa yang baru sahaja melaburkan tirai pada 28.9.2017 yang lalu menyaksikan futsal kuim dinobatkan sebagai johan bagi edisi masiswa 2017. Pasukan Futsal kuim juga telah berjaya melayakan diri ke playoff liga ipt futsal buat kali kelima berturut-turut . Itu merupakan pencapaian terbaik futsal kuim dalam arena sukan Kuim . 

2.Ragbi kuim 



Ragbi kuim baru sahaja ditubuhkan pada tahun 2013 . Namun penglibatan dan pencapaian ragbi kuim dalam arena kejohanan ragbi boleh dibanggakan . Ragbi kuim yang diketuai oleh kapten Muhammad Afiq aznaim telah mencapai beberapa kemenangan antaranya adalah Johan Cup dalam kejohanan Ragbi anjuran kktm masjid tanah pada 2015, Johan 3 penjuru dimana melibatkan pasukan Alam, Ucam dan Kuim yang berlangsung di Ucam 2016 dan Johan cup dalam kejohanan terbuka ipts islam di Unikl . Terbaru pasukan ragbi kuim sedang menyiapkan pasukan untuk menyertai kejohanan open kuim yang bakal berlangsung pada januari 2018 . 

Itu sahaja yang saya boleh share pada slot kali ini , inshallah kita berjumpa lagi . 

Maju lah sukan untuk kuim !






Rabu, 27 September 2017

Peraturan ragbi .

Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia . 

Baiklah pada minggu lepas , saya telah menerangkan tentang serba sedikit mengenai sukan berkelas tinggi iaitu sukan ragbi dan slot pada kali ini , saya masih bersentuh mengenai sukan ragbi  cuma kali ini saya akan menerangkan sedikit mengenai peraturan dan  undang-undang permainan . 

SEBELUM PERLAWANAN

PERATURAN 1 : (PADANG)– Adalah kawasan yang dikelilingi oleh garisan sentuh dan garisan gol
PERATURAN 2 : (BOLA)-Bola yang digunakan dari jenis kulit atau sintetik bersaiz 5 – SM dan bersaiz 3 – SR.
PERATURAN 3 : (BILANGAN PERMAIN)-Sebuah pasukan mengandungi 12 orang pemain, tetapi hanya 7 orang pemain sahaja yang
dibenarkan bermain/ berada di dalam padang pada satu masa bagi SR. Permainanan tidak boleh
dimulakan jika terdapat kurang dari 5 orang pemain.
Bagi SM pula bilangan pemain adalah seperti berikut:
• 15 sepasukan dengan 10 pemain simpanan• 10 sepasukan dengan 5 pemain simpanan• 7 sepasukan dengan 5 pemain simpanan• Bagi perlawanan 15 sepasukan perlawanan tidak boleh dimulakan sekiranya terdapat kurangdari 12 orang pemain.
PERATURAN 4 : (PAKAIAN PERMAIN)
-Pasukan mestilah memakai memakai jersi yang tahan lasak dan tidak membahayakan orang lain
serta bernombor 1 hingga 12 bagi SR dan 1 hingga 25 bagi SM.
• Peralatan asas yang mesti dipakai ialah:
i. Jersi
ii. Seluar pendek
iii. Stoking
iv. Boots
• Tidak dibenarkan memakai benda-benda yang membahayakan seperti rantai, cincin, jam
tangan, tali pinggan
PERATURAN 5 : (MASA PERMAINAN)
-Masa permainan rasmi bagi SR adalah 20 minit setiap separuh masa dengan masa rehat
maksimum 5 minit. Tetapi jika bermain secara karnival maka masa permainan ialah 7 minit setiap
separuh masa dengan 1 minit masa rehat.
Bagi SM pula berikut adalah ketetapannya:
• Permainan 15 sepasukan
– Maksima 40 minit bagi setiap separuh masa bagi perlawanan dewasa dengan 10 minit
waktu rehat.
– Maksima 35 minit bagi setiap separuh masa bagi variasi bawah 19 tahun dengan 10 minit
waktu rehat.
• Permainan 10 sepasukan
– Maksima 10 minit bagi setiap separuh masa dengan 2 minit waktu rehat.
• Permainan 7 sepasukan
– Maksima 7 minit bagi setiap separuh masa dengan 1 minit waktu rehat.
– Maksima 10 minit bagi setiap separuh masa bagi perlawanan akhir dengan 2 minit waktu rehat.
PERATURAN 6 : (PEGAWAI PERLAWANAN)
-Setiap perlawanan di bawah kawalan Pegawai Perlawanan terdiri dari seorang Pengadil dan
dua orang Penolong Pengadil. Pengadil mestilah bertauliah. Pengadil merupakan individu
yang menentukan masa perlawanan tamat. Jika ia meragui masa, beliau boleh merujuk kepada
pembantu pengadil. Keputusan pengadil adalah muktamad.
SEMASA PERLAWANAN
PERATURAN 7 : (CARA BERMAIN)
• Perlawanan dimulakan dengan tendangan mula drop kick.
• Selepas tendangan mula, mana-mana pemain yang on side boleh mengambil bola dan berlari
dengannya; sama ada berlari dengannya; menyepaknya; atau menghantarnya kepada rakan.
• Mana-mana pemain boleh berlari dengan bola; menghantar bola kepada rakan atau menyepak
bola tersebut.
• Mana-mana pemain boleh menghalang pemain yang membawa bola sama ada dengan
memegangnya ; menolaknya ; atau menjatuhkannya – SM.
• Semua pemain boleh membuat sentuhan dan menahan pemain yang ada bola – SR.
• Mana-mana pemain boleh terlibat dalam scrum , ruck , maul dan line-out – SM.
• Semua pemain boleh terlibat dengan scrum atau line out – SR.
• Semua pemain boleh meletakkan bola atau membuat try dalam kawasan in goal.
• Apa sahaja yang dilakukan oleh setiap pemain mestilah mengikut peraturan dan tatacara
yang telah ditetapkan dalam undang-undang permainan ragbi.
PERATURAN 8 : (ADVANTAGE)
• Advantage adalah situasi di mana pengadil tidak memberhentikan perlawanan apabila
berlaku kesalahan dalam permainan. Advantage diberikan kepada pasukan yang tidak
melakukan kesalahan meneruskan permainan.
• Tujuan advantage diberikan semasa permainan sedang berjalan adalah untuk memberi
kesinambungan kepada permainan itu sendiri tanpa pengadil meniup wisel bagi setiap
kesalahan yang dilakukan.
• Terdapat dua jenis advantage iaitu area advantage dan tactical advantage.
PERATURAN 9 : (KUTIPAN MATA)
Setiap try dan penalti try yang dilakukan akan diberi 5 mata dan try 7 mata akan diberi kepada
pemain yang meletakkan bola dalam kotak yang disediakan dalam kawasan in goal – SR.
Bagi SM berikut merupakan kaedah kutipan mata:
• TRY: Diperolehi apabila pemain berjaya menekan bola di kawasan gol lawan – 5 mata.
• PENALTY TRY: Try yang mungkin dapat dilakukan oleh sesuatu pasukan tetapi tidak dapat
disempurnakan disebabkan permainan kasar (foul-play) oleh pasukan bertahan. Pengadil
menganugerahkan penalty try di bawah tiang gol – 5 mata.
• CONVERSION: Apabila pasukan berjaya melakukan try, pasukan tersebut berpeluang untuk
membuat sepakan ke arah gol. Sepakan boleh dibuat secara sepak letak ataupun sepak
lantun bagi permainan 15 sepasukan – 2 mata.
• PENALTY GOAL: Sepakan penalti ke arah gol yang diambil apabila sesuatu pasukan itu
memperolehi penalti daripada kesalahan pihak lawan – 3 mata.
• DROPPED GOAL: Sepakan lantun ke arah gol yang dilakukan semasa permainan sedang
berlangsung – 3 mata.
PERATURAN 10 : (FOUL PLAY)
• Pemain tidak dibenarkan menghalang pemain lawan daripada melakukan sentuhan (SR)
atau tackel (SR), bermain dengan cara yang berbahaya, misconduct, sentuhan (SR) atau tackel
(SM) dan perlanggaran yang berbahaya serta pemain digalakkan bermain dengan semangat
kesukanan yang tinggi – SR.
• Sebarang tindakan atau gerakan seseorang pemain yang bertentangan dengan undangundang
dan semangat sukan. Termasuk gangguan permainan, bermain kotor dan
membahayakan pemain lain, kelakuan tidak senonoh, bertindak balas dan kesalahan yang
berulang.
PERATURAN 11 : (OFF SIDE/ON SIDE)
• Seseorang pemain dikira offside apabila berada di hadapan garisan offside semasa scrum,
line-out, ruck dan maul atau berada di hadapan pemain sepasukan yang terakhir memainkan
bola.
• Onside bermakna pemain berkenaan berada dalam permainan dan boleh meneruskan
permain sama ada melakukan serangan ataupun melakukan gerakan bertahan.
PERATURAN 12 : (KNOCK ON/HANTARAN KEHADAPAN)
• Knock on terjadi bila pemain hilang posisi bola dan bola jatuh ke hadapan menuju ke arah
garisan gol pihak lawan dari kawalan pemain ataupun apabila bola jatuh ke hadapan terkena
pemain lain sama ada dari pasukan lawan atau pasukan sendiri.
• Hantaran ke hadapan berlaku apabila pemain melontar atau menghantar bola ke hadapan.
Jika bola tidak di hantar ke hadapan tapi kena tanah atau pemain lain dan bola bergerak ke
hadapan bola tidak dikira forwards.
Di Dalam Padang Permainan
PERATURAN 13 : (PERMULAAN PERMAINAN DAN TENDANGAN MEMULAKAN SEMULA PERMAINAN)
• Tendangan mula dilakukan dengan tendangan lantun di tengah padang pada permulaan
perlawanan dan permulaan separuh masa kedua.
• Tendangan semula berlaku selepas setiap kali mendapat try dan dilakukan oleh pasukan
yang tidak memperoleh try bagi kategori permainan 15 sepasukan.
• Tendangan dilakukan oleh pasukan yang mendapat try bagi kategori permainan 10 dan 7
sepasukan.
• Sepakan 22 m (SM) atau 15m (SR) drop-out dibuat di belakang atau di atas garisan 22 meter
atau 15 meter oleh pasukan bertahan selepas membuat touch down.
PERATURAN 14 : (BALL ON THE GROUND – NO TACKLE )
• Situasi bola berada di atas tanah dan seorang pemain menjatuhkan badannya untuk
mengambil bola tersebut.
• Situasi ini juga berlaku bila seorang pemain yang mempunyai memegang bola berada di atas
tanah tetapi tidak ditackel.
• Pemain mesti memainkan bola dengan segera.
• Jika pemain tersebut menghalang pemain lain dari mengambil bola tersebut hukuman
penalti akan diberikan ke atasnya.
PERATURAN 15 : (SENTUHAN DAN TACKLE)
• Sentuhan terjadi apabila pembawa bola disentuh dengan kedua-dua belah tapak tangan,
hujung jari dan sentuhan dengan satu tangan tidak dikira sentuhan. Pemain yang disentuh
mestilah melepaskan/ membuat hantaran dengan segera (tidak melebihi 3 saat).
• Tackle berlaku apabila seorang pembawa bola ditangkap oleh seorang atau lebih pemain
pihak bertahan dan ia dijatuhkan ke tanah bersama bola. Sekiranya mana-mana lututnya
berada di atas tanah atau ia duduk atau di atas seseorang pemain yang berada di atas tanah,
ia dianggap sudah ditackled
– Pemain yang ditackled mestilah
• Melepaskan bola
• Hantar bola dengan serta merta.
• Pemain yang melakukan tackle hendaklah melepaskan pemain yang ditackled
apabila kedua-dua mereka jatuh ke tanah.
PERATURAN 16 : (RUCK)
• Dibentuk apabila bola berada di atas tanah dan seorang atau lebih pemain daripada dua
pasukan berdiri dan mempunyai sentuhan badan mengelilingi bola antara mereka.
• Pemain yang terlibat dalam ruck tidak dibenarkan:
– Mengambil bola dari ruck
– Kembalikan bola ke dalam ruck.
PERATURAN 17 : (MAUL)
• Berlaku apabila seorang pembawa bola dipegang oleh seorang atau lebih pemain pasukan
lawan dan seorang atau lebih pemain dari pasukan pembawa bola memegang pembawa
bola . Semua pemain yang terlibat dalam kedudukan berdiri dan bergerak ke arah
garisan gol.
PERATURAN 18 : (FAIR CATCH ATAU MARK)
• Untuk membuat mark pemain mesti berada atau di belakang garisan 15 m. Pemain mestilah
melakukan tangkapan yang bersih dan melaungkan mark secara serentak. Tendangan dibuat
oleh pemain yang membuat mark – SR.
• Bagi SM Fair Catch atau Mark adalah seperti berikut:
– Dibuat di dalam kawasan 22 meter atau di dalam kawasan gol.
– Pelaku mestilah menangkap kemas bola tersebut sambil melaungkan ‘mark’
– Pasukan berkenaan akan diberikan tendangan percuma di tempat ‘mark’ dan pelaku
‘mark’ akan mengambil tendangan.
MEMULAKAN SEMULA PERLAWANAN
PERATURAN 19 : (BOLA KELUAR DAN LONTARAN MASUK (line-out) )
Bola dikira keluar dari kawasan permainan apabila pembawa bola terkena garisan tepi, tanah
objek atau orang di atas garisan itu.
Bola juga dikira keluar apabila ditendang keluar dari garisan tepi atau mencecah garisan itu.
Throw-in tidak dibenarkan sehinggalah referi menyatakan line-out sudah dibentuk. Line-out
adalah keadaan yang mana kedua-dua pasukan bertanding membentuk garisan lurus di antara
garisan 3 hingga 10 meter . Pasukan yang bukan penyebab bola keluar akan melontar bola masuk.
PERATURAN 20 : (SCRUM)
• Scrum terbentuk apabila 3 pemain daripada setiap pasukan terikat secara interlock. Kemudian
scrum-half akan memasukan bola melalui lorang yang terbentuk – SR.
• Dibentuk untuk kesalahan ringan tertentu seperti hantar ke hadapan dan knock on – SM.
– Dibentuk di tempat berlaku kesalahan.
– Mengandungi sekurang-kurangnya 5 orang pemain dari satu pasukan.
– Bola dimasukkan ke dalam scrum oleh juru scrum pasukan yang tidak melakukan kesalahan.
PERATURAN 21 : (TENDANGAN PENALTI DAN TENDANGAN PERCUMA)
• Pemain bebas untuk melakukan sebarang jenis tendangan seperti grubber kick, up and
under dan lain-lain bentuk tendangan. Tendangan berterusan melebihi sekali adalah tidak
dibenarkan walaupun oleh pemain yang berbeza. Selepas sekali tendangan pemain mestilah
memungut bola tersebut untuk dimainkan – SR.
• Bagi SM:
– Tendangan Penalti: Diberikan kepada pasukan yang tidak melakukan kesalahan.
– Semua pemain pasukan yang melakukan kesalahan mesti berada 10 meter dari tempat
kesalahan berlaku. Mereka mesti berdiri pegun sehingga tendangan dilakukan.
– Pasukan yang mendapat tendangan penalti boleh mencuba untuk mendapatkan gol
penalti.
– Tendangan Percuma : Diberikan kepada pasukan yang membuat mark.
– Tidak boleh membuat percubaan gol penalti.
KAWASAN GOAL
PERATURAN 22 : (IN GOAL)
• In goal ialah kawasan yang mana pemain dari kedua-dua pasukan meletakkan bola tersebut
untuk try atau touch down – SR.
• Bagi SM
– Kawasan gol disempadani oleh garisan gol tepi dan garisan bola mati termasuk garisan gol
dan tiang gol seperti yang terdapat dalam gambar rajah undang-undang 1.
– Bola boleh diletakkan di kawasan ini oleh mana-mana pemain dari kedua pasukan.
– Jika pasukan penyerang meletakan bola, pasukan penyerang dianggap membuat try.
– Jika pasukan bertahan meletakkan bola di kawasan golnya sendiri, pasukan bertahan
dianggap melakukan touchdown.

Sabtu, 23 September 2017

RAGBI MERUPAKAN SUKAN BERKELAS ANTARABANGSA

Assalammualaikum dan salam 1 malaysia . Pada slot kali ini abe akan menerangkan sikit tentang sukan ragbi yang semakin meningkat popular di negara kita . Ragbi juga adalah salah satu sukan yang berkelas antarabangsa kerana ianya permainan yang melibatkan ketahanan fizikal dan mental , kecerdikan dan memerlukan disiplin yang tinggi . 


Selain itu , Ragbi adalah salah satu sukan yang kasar dan lasak jika ia di lihat melalui mata kasar namun jika betul cara bermain pemain tidak akan tercedera. Sebaliknya, ragbi adalah salah satu sukan yang membentuk keperibadian seseorang malah memerlukan disiplin yang tinggi. Ragbi juga dianggap sebagai sukan atau permainan yang dianggap lelaki sejati bagi sesetengah pihak. Semasa perlawanan, seseorang yang menjadi pemain ragbi akan menganggap pasukan lawan mereka sebagai musuh ketat yang perlu di kasari tetapi setelah perlawanan berakhir, kedua-dua pasukan ini adalah sahabat yang baik.

andakah anda tahu ? 

Ragbi merupakan sejenis permainan bola berpasukan. Dimainkan oleh dua pasukan, pemain dari setiap pasukan akan mencuba skor dengan cara menyepak, melontar, atau membawa bola sehingga mereka boleh menyepak untuk melepasi gol lawan atau menyentuh di belakang garisan lawan. Pasukan yang memungut mata paling banyak maka pasukan itu yang akan diistiharkan menang bagi perlawanan ini.

bagi permainan ragbi , ianya terbahagi kepada 3 kategori iaitu kategori 7 sebelah, 10 sebelah dan 15 sebelah . Kebiasaanya kategori 15 sebelah banyak diguna pakai untuk pertandingan kebangsaan ataupun antarabangsa . 

Sejarah ragbi 


Ketika perlawanan bola sepak peringkat sekolah di England tahun 1823, William Webb Ellis mengambil bola dengan tangannya dan membawanya lari. Sejak itu, bermulanya perlawanan ragbi.sukan ini dicipta berdasarkan sejarah yang berlaku secara spontan.
Kemudian Universiti Cambrigde telah mengubahsuai permainan ini, mempopularkan dan membuat peraturan rasmi ragbi. Ragbi mula popular tahun 1871 di sekolah-sekolah di England. Kemudian Kelab Ragbi mengumumkan peraturan rasmi permainan ragbi di London sepuluh tahun kemudian.
Tahun 1895 Liga Ragbi (The Rugby League) telah ditubuhkan dengan 13 permainan bersama dengan peraturan yang lebih profesional. Ragbi mula berkembang ke seluruh dunia dan perlawanan antara negara diadakan.Pelbagai perubahan telah diadakan. Tahun 1880 scrum telah diubahsuai scrum bermaksud perbuatan atau kaedah memulakan semula permainan selepas suatu pelanggaran apabila kedua-dua lawan pek kumpulan ke hadapan bersama-sama dengan kepala ke bawah dan saling dan tekan untuk mendapatkan tanah manakala scrumhalf melemparkan bola dan pemain tengah (hooker)cuba untuk rebut bola untuk pasukan mereka sendiri.pemain biasanya dipanggil oleh pengadil (set banyak orang) tetapi boleh dibentuk secara spontan (longgar banyak orang.
Pada tahun 1905 perlawanan antara Sarthmore dengan Pennsylvania telah mencetuskan pergaduhan. Presiden Amerika Syarikat Theodore Roosevelt telah mengubah peraturan bagi mengurangkan keganasan dalam permainan ragbi.
1906 akibat daripada perubahan pada permainan ragbi, muncullah American Football di Amerika Syarikat.
Permainan ragbi semakin melakar nama terutama di Great BritainNew ZealandAustralia dan Afrika Selatan. Bilangan kelab bertambah dari 80 kepada 1000 kelab antara tahun 1964 hingga 1980. 1975 dibentuk Kelab Bola Sepak Ragbi di Amerika Syarikat(The United States of America Rugby Football Union (USARFU). Kini permainan ragbi berkembang sehingga ke 80 buah negara di seluruh dunia.
dari segi pemain

Untuk bermain ragbi, setiap pasukan perlu mempunyai seramai 15 orang pemain. Tetapi untuk masa sekarang, permainan ragbi 7 dan 10 sebelah semakin meningkat popular. Terdapat dua kumpulan pemain. Kumpulan pertama dipanggil “forwards” yang terdiri daripada lapan pemain. Kumpulan kedua pula dipanggil “queus” yang terdiri daripada tujuh orang pemain.
Pemain akan mencuba mendapatkan bola bentuk bujur dan cuba melepasi garisan gol lawan yang dipanggil “the try-line”. Jika anda berjaya membawa bola melepasi garisan gol lawan dan menyentuh bola ditanah, anda berjaya mencuba dan memungut 5 mata. Selepas pasukan berjaya mencuba, anda diberi pula “conversion”. Seorang pemain yang diberi gelaran “fly half” adalah mahir menendang dalam pasukan itu dan akan menendang bola dan melepasi palang gol.

Khamis, 31 Ogos 2017

Sains sukan ?


Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada seluruh warga blog ☺

Untuk ruang slot yang pertama pada minggu lepas , abe ada menerangkan serba sedikit mengenai kepentingan dan tips menjaga kesihatan .

untuk ruangan slot pada kali ini, abe akan menerangkan serba sedikit mengenai sains sukan . apa itu sains sukan ? apakah kepentingan sains sukan ? mengapa sains sukan amat dititberatkan dalam kalangan atlet .

1) Definisi sains sukan

-Sains Sukan adalah aplikasi prinsip, idea dan ilmu pengetahuan sains dalam aktiviti sukan. Hal ini merupakan perkara penting dalam pendidikan jasmani mahupun aktiviti kokurikulum. Aplikasi ilmu pengetahuan sains dalam sukan dapat membantu seseorang atlet meningkatkan pencapaian prestasi serta teknik yang betul dalam aspek sukan .

2) kepentingan sukan

-Sains Sukan amat penting dan dianggap wajar memandangkan pretasi atlet dalam lapangan sukan dan permainan memerlukan aplikasi ilmu pengetahuan sains dalam sukan supaya dapat membentuk atlet ke arah kecemerlangan. Antara kepentingan lain sains sukan adalah dari segi aspek kesihatan dan prestasi sukan .

3) Sains sukan penting dalam kalangan atlet dan jurulatih ? ianya semestinya penting kerana penglibatan atlet dalam semua sukan melibatkan sains sukan , Sains sukan memainkan faktor penting dalam deveploment atlet dan jurulatih .

itu sahaja post untuk minggu ni . :)


Selasa, 22 Ogos 2017

1.Utamakan Kesihatan anda !


Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada seluruh warga blog :)

Pada minggu ini, abe nak cerita sikit berkenaan dengan kesihatan . Mengapa kesihatan penting bagi kita ? mengapa kita perlu menjaga kesihatan kita  ? ah disini abe akan menerangkan sikit berkaitan tips menjaga kesihatan . Dalam hidup ini, kita mestilah menjaga kesihatan kita . kesihatan diri perlu dijaga supaya kita dapat hidup dengan selesan dan aman :) 
Oleh itu, menjadi kewajipan kita untuk memastikan amalan menjaga kesihatan perlu dipraktikkan dengan sebaik yang mungkin .

Utamakan kesihatan anda ! itulah perkara yang harus dititikberatkan pada zaman sekarang . Seperti yang kita sedia maklum , purata rakyat malaysia pada zaman sekarang tidak menghiraukan sangat kesihatan . Bagi mereka , kesihatan tidak lah terlalu penting . . ini amat merisaukan kerana purata rakyat Malaysia yang mengalami masalah kesihatan amat terlalu tinggi . 

Berikutan dengan masalah yang dihadapi , abe akan menerangkan tips untuk menjaga kesihatan  :). 

Berikut merupakan tips kesihatan yang boleh diamalkan untuk mencegah masalah kesihatan : 

1) Amalan pemakanan yang sihat . 
    - amalan pemakanan yang sihat adalah salah-satu faktor yang penting ke arah kesihatan sekeluarga . Amalan ini harus dipupuk dan dibentuk dari rumah .Pemakanan yang sihat boleh dirangkumkan sebagai diet yang mengandungi banyak buah-buahan dan sayur-sayuran yang terdiri daripada makanan  berkanji seperti roti jagung, nasi, lemak dan gula . 

Dengan memilih dan merancang pemakanan dengan bijak , tak kira sama ada makan diluar ataupun di dalam rumah , anda akan dapat enjoy makanan anda di samping mengurangkan kolesterol . 

Pemilihan pemakanan yang seimbang juga adalah perlu untuk membina tisu badan, mengatur kimia badan , dan menghasilkan tenaga untuk memanaskan badan anda serta mengerakkan badan . 

oleh itu jagalah  pemakanan dan kesihatan anda !